Perihal KL Summit 2019

Persidangan KL Summit merupakan platform antarabangsa bagi pemimpin Islam, intelektual dan para cendekiawan dari seluruh dunia untuk membincangkan dan bertukar pendapat tentang masalah-masalh yang dilalui negara-negara Muslim. Pada November 2014, persidangan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur menyaksikan ramai tokoh Muslim terkemuka berkumpul untuk membincangkan dan memperkenalkan pelbagai penyelesaian baharu menangani masalah-masalah yang menimpa dunia Muslim.

Kita lazim mendengar pepatah seorang cendekiawan dan pakar undang-undang berbangsa Mesir abad ke-19, Muhammad 'Abduh, yang pernah mengatakan bahawa: "Saya pergi ke Barat dan nampak Islam merata, tetapi tiada muslim; Saya pulang ke Timur dan nampak muslim merata, tetapi tiada Islam."

Ini adalah satu peringatan jelas mengenai kegagalan kita, ketidakmampuan kita menjunjung rukun asas Islam, menjadikan Islam agama kita, cara hidup kita.

Jurang perbezaan dalam kalangan negara Islam terlalu tinggi – kita mempunyai negara kaya yang lebih kaya daripada yang terkaya dan golongan miskin yang lebih miskin daripada yang termiskin.

Sudah lama kita dikaitkan dengan tanggapan seperti urus tadbir yang buruk, rasuah yang endemik serta sarang negara Islam pengganas.

Begitulah keadaan negara kita dewasa ini, kaum Muslim ibarat melukut di tepi gantang, terkongkong di bawah kekuasaan bangsa lain dan nasib kita sekadar menunggu belas kasihan daripada mereka.

Mulai Januari, 2020, Persidangan ini akan dikenali sebagai Yayasan Perdana untuk Dialog Peradaban (Dialog Perdana).

Di Persidangan KL Summit, kita akan membincangkan isu-isu ini secara telus dalam usaha mencari penyelesaian yang baharu serta yang dapat dilaksanakan, demi menangani permasalahan yang menimpa dunia Muslim.

Persidangan ini berpandukan fahaman yang komprehensif terhadap pencapaian nilai yang tertinggi dalam masyarakat Islam serta kedaulatan Ummah.

Melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman inilah kita dapat mempertimbangkan serta memilih penyelesaian yang terbaik untuk kita, untuk negara kita.

Kita sentiasa merenung betapa hebat, kaya dan gemilangnya ketamadunan Islam pada suatu ketika dahulu. Ia sesungguhnya babak yang gemilang dalam sejarah dan kita amat teringin akan kepulangannya. Namun, keinginan tidak akan menjadi kenyataan melainkan kita melakukan sesuatu!

Wawasan Kami

Persidangan KL Summit merupakan platform dialog antarabangsa, bertujuan untuk mengumpulkan pemimpin Islam, pemikir, intelektual serta para cendekiawan dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian yang terbaik serta usaha menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam berpandukan fahaman yang komprehensif terhadap pencapaian nilai yang tertinggi dalam masyarakat Islam serta kedaulatan Ummah.

Misi Kami

Misi kami adalah untuk menyumbang kepada usaha mengenal pasti dan menyelesaikan permasalahan yang menimpa dunia Islam hari ini.

Kami menggalakkan pertukaran ilham.

Persidangan KL Summit menggalakkan perkongsian idea, wacana, penggubalan dasar dan cadangan yang boleh dilaksanakan. Dalam dunia yang bagai tidak bersempadan, segala cabaran dan penyelesaian kita juga saling berpaut.

Kami terdiri daripada berbilang sektor.

Persidangan KL Summit menggalakkan gabungan hibrid dengan menjemput bersama para pelaksana yang baharu dan lama daripada Dunia Islam; organisasi negara dan antarabangsa serta NGO, syarikat, yayasan, organisasi yang bersifat dermawan, agensi pembangunan, kesatuan sekerja, para pemikir, universiti dan masyarakat sivil secara umumnya.

Kebangkitan Semula

Mengembalikan semula ketamadunan Islam

Penyelesaian

Mencari dan membincangkan penyelesaian yang baharu dan boleh dilaksanakan dalam menangani permasalahan yang dihadapi dunia Islam

Sumbangan

Menjadi penyumbang ke arah peningkatan hal-ehwal dalam kalangan umat Islam dan negara

Rangkaian

Membentuk rangkaian di antara pemimpin Islam, intelektual, ulama dan pemikir di seluruh dunia

Pembangunan dan Kedaulatan
Perdagangan dan Pelaburan
Teknologi dan Dunia Jalur Lebar
Budaya dan Identiti
Integriti dan Urus Tadbir yang Baik
Keamanan, Keselamatan dan Pertahanan
Kebebasan dan Keadilan
7 Pillars
& Focuses

Pembangunan nasional merupakan hasil usaha pembangunan peribadi setiap warganegara. Kita perlu menyedari bahawa pewujudan kekayaan melibatkan keusahawanan, kemahiran pengurusan dan peningkatan produktiviti.

Pemupukan etika kerja yang sihat dan sikap yang positif demi meningkatkan produktiviti adalah penting. Kita perlu membuktikan bahawa kita boleh membangunkan negara kita sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Kita yakin bahawa kita dapat melakukannya sekiranya kita cekap dalam segala usaha kita.

Dalam dunia yang makin berdaya saing, kerajaan perlu menyedari bahawa pelaburan terhadap sumber manusia, kemahiran mereka, persekitaran sosial yang sihat menyumbang kepada pelaburan terhadap potensi ekonomi kita. Oleh yang demikian, penggabungan dasar ekonomi dan dasar sosial adalah sangat mustahak. Matlamat utama dasar ekonomi adalah untuk meningkatkan kemakmuran dan kebahagiaan rakyat kita. Kita perlu mengakui bahawa manusia ialah sumber utama dan juga matlamat pembangunan ekonomi.

Kedinamikan pembangunan dan kemajuan yang mampan bergantung kepada perlindungan hak asasi, hak kebebasan dan pematuhan terhadap undang-undang secara sepenuhnya. Dalam persekitaran dimana persaingan tidak adil dapat dibendung, hak cipta dilindungi, hak pengguna dihormati dan plaintif tidak didiskriminasi, ketidakpastian akan dikurangkan, keyakinan dan kebolehramalan akan meningkat, akan membawa kepada suasana yang sesuai untuk pelaburan, pengeluaran dan pekerjaan.

Pembangunan nasional hendaklah selari dengan pembangunan rohani dan moral. Terdapat Ahli ekonomi di serata dunia ekonomi pembangunan nasional bagai satu fenomena perangkaan yang mengejar pencapaian kebendaan semata-mata, tanpa mengambil kira kebajikan rakyat. Mereka menilai kegagalan atau kejayaan melalui pertumbuhan KDNK, pendapatan per kapita, keuntungan syarikat dan yang paling utama, indeks bursa saham. Kebajikan manusia tidak dapat diwujudkan sekiranya ekonomi tidak berperikemanusiaan. Jargon ekonomi mesti diubah.

Ekonomi hendaklah berasaskan rakyat, kesejahteraan mereka, manfaat mereka, kebahagiaan dan kesedihan mereka, kesihatan dan kesakitan mereka, keamanan dan kebebasan yang dinikmati oleh mereka. Kami percaya tidak ada sesiapa pun yang sanggup membenarkan kedaulatan, penghormatan dan hak asasi mereka dicabuli sama sekali.

Kami menyokong usaha sama yang kita gelar perkongsian pintar. Orang miskin merupakan pelanggan yang miskin. Tetapi dengan bantuan anda, mereka boleh menjadi pelanggan yang hebat.

Apabila syarikat negara asing melabur di negara kita, mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan. Namun mereka juga akan menyumbang kepada pertambahan peluang pekerjaan dan banyak kesan yang lain. Kuasa membeli rakyat kita bertambah. Sudah tentu mereka akan menjadi pasaran yang baik untuk barangan dan perkhidmatan asing.

Dengan pelaburan yang lebih banyak dan negara menjadi lebih makmur, urusan import dan dagangan meningkat dengan pesat. Begitulah wujudnya pasaran yang besar dan menarik yang tidak pernah ada sebelum ini.

Jalinan suasana perniagaan yang meyakinkan merupakan satu-satunya faktor yang terpenting di sebalik kejayaan ekonomi ini. Usaha membina keyakinan merupakan suatu proses yang sukar dan berpanjangan. Walaupun demikian, ia mudah hilang juga. Pemeliharaan suasana ini melibatkan proses yang sulit dan memerlukan ketelitian untuk dilaksanakan melalui aturan yang mantap. Namun, harus diingati bahawa keyakinan ini boleh hilang dalam sekelip mata di tangan suatu pentadbiran yang tidak berkelayakan.

Kerajaan mesti mengamalkan prinsip ketelusan, kelestarian, keseragaman dan kebolehramalan. Dengan ini, negara akan menjadi destinasi dan pilihan ahli kewangan antarabangsa dan seterusnya, pelaburan domestik akan pesat membangun juga.

Salah satu isu persaingan yang utama ialah peranan dan fungsi kerajaan dalam sektor pengeluaran serta peruntukan perkhidmatan. Kami berpendapat bahawa peranan kerajaan hendaklah dari segi kawal selia dan penyeliaan. Kami tidak menganggap program penswastaan sebagai sumber pendapatan sahaja, tetapi sebagai cara untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran serta peluang pekerjaan. Program penswastaan di sesebuah negara mesti diurus dengan teliti dan peka terhadap keperluan masyarakat.

Melalui semakan semula peraturan dan sokongan dagangan serta perindustrian yang lebih berkesan, kelebihan lokasi negara kita akan menjadikan negara kita hab serantau. Negara kita akan menjadi pusat perdagangan serantau; pemindahan teknologi serta pelaburan asing akan meningkat pesat dan menjadikan kita ekonomi membangun yang paling mantap.

Sambil kita mengembangkan ekonomi dan menjadi lebih bersepadu dengan pasaran global, taraf hidup semua lapisan masyarakat akan meningkat. Persaingan untuk pelaburan langsung asing menjadi makin kompleks di negara maju mahupun negara membangun. Usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing menjadi salah satu daripada keutamaan kerajaan. Kejayaan operasi ini bermaksud teknologi dan tahu-guna antarabangsa akan dibawa masuk, persaingan akan meningkat, dagangan asing dan imbangan pembayaran akan bertambah baik, pasaran asing untuk ditawarkan perkhidmatan menjadi lebih luas dan yang paling mustahak, pelaburan langsung asing mendorong kepada peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Memandangkan kepentingan dan kesan dagangan asing ke atas pembangunan ekonomi serta kemakmuran negara, kerajaan perlu menyokong inisiatif eksport secara berterusan dan mengamalkan sikap terbuka terhadap pasaran global. Strategi eksport hendaklah dibangunkan berdasarkan inovasi, keusahawanan dan persaingan. Strategi Import akan merangsang daya saing pengeluaran domestik dan menguatkan sektor tersebut.

Untuk menggalakkan pengeluaran barangan bernilai tinggi, R&D dan pelaburan modal mesti digalakkan. Pasaran ditentukan oleh arah aliran dan pembangunan; oleh itu trend global mesti diikuti.

Perlu diingati bahawa globalisasi dibuka melalui integrasi serantau, kemasukan pasaran asing hanya dapat dilakukan melalui perjanjian perdagangan dua hala atau berbilang hala. Dalam rangka kerja ini, kami percaya pendekatan penggubalan dasar yang sistematik amat penting dalam usaha membuka pasaran baharu kepada pengeksport kita.

Kita mahu dagangan yang adil, bukan dagangan globalisasi yang bebas. Dagangan yang adil boleh jadi bebas tetapi dagangan yang bebas boleh jadi tidak adil!

Pelaburan dalam sains dan pengetahuan ialah pelaburan untuk masa depan kita. Sains, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang strategik dalam pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan peningkatan taraf hidup yang mampan. Kerajaan perlu memberi galakan dan sokongan terhadap pembangunan taman teknologi dan lembah IT yang merangkumi perniagaan perisian, perkakasan serta komunikasi. Inisiatif ini akan membantu pembangunan sektor IT.

Salah satu kriteria status negara maju adalah kelajuan dan kecekapan dari segi perkhidmatan yang disampaikan. Projek e-kerajaan dan dunia jalur lebar mesti dilancarkan.

Selaras dengan wawasan untuk menjadi masyarakat bermaklumat, teknologi IT yang memudahkan capaian kepada kerajaan dan perkhidmatannya harus diperkenalkan. Penyata cukai, sumbangan premium insurans, pendaftaran kelahiran dan kematian, surat ikatan hak milik, prosedur mahkamah, pasport, keselamatan negara, kastam dan pelesenan mesti tersedia di platform elektronik dan dapat dicapai melalui jalur lebar. Semua jabatan sektor awam pusat perlu dilengkapi dengan sistem tandatangan elektronik, komunikasi elektronik dan sistem pengurusan data, kerja dan borang.

Ini ialah suatu tugasan yang rumit dan persediaan sistem e-kerajaan yang berkesan bergantung kepada pemautan pangkalan data dan infrastruktur komunikasi. Proses ini perlu ditetapkan semula dengan memberi tumpuan kepada rakyat dan kakitangan yang layak serta kemampuan organisasi. Usaha e-pembaharuan di negara kita mesti diteruskan sejajar dengan cita-cita dan kepuasan rakyat. Kerahsiaan maklumat peribadi dan privasi rakyat mesti dijamin.

Walaupun kita memerlukan kerjasama daripada negara maju untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, kita juga perlu sentiasa menekankan sikap tidak bergantung pada orang lain. Pengukuhan pengetahuan sains dan teknologi adalah sama penting dengan pemupukan keupayaan berdikari.

Kita bukan hendak mencipta semula roda tetapi memahiri penemuan dan rekaan yang berasal daripada negara lain merupakan sebahagian daripada latihan untuk berdikari.

Kita perlu memperkukuhkan hubungan kita dengan ilmu dunia, yang telah lama terjalin dalam kalangan kita dari segi aspek keagamaan, kebudayaan dan kesejarahan.

Simbol ringkas dalam tamadun kita mesti dibangkitkan semula.

Dalam usaha memenuhi keperluan yang unsur kebendaan dijadikan keutamaan, manusia menjadi semakin mementingkan aspek kebendaan. Sebarang amalan harian dan elemen yang memperkayakan kerohanian serta menyerikan emosi kita diketepikan.

Manusia terpaksa hidup dalam dunia yang tidak berwarna, tanpa keindahan, tanpa kepuasan dan nilai estetik tidak lagi dipentingkan.

Sekiranya situasi ini berterusan, manusia akan kehilangan atau melupai sifat kemanusiaan, seperti kasih sayang, belas kasihan, timbang rasa dan cinta kepada Tuhan.

Setiap bentuk budaya mencerminkan persefahaman, perasaan dan keindahannya yang tersendiri. Budaya berkembang sendiri dan diperkayakan melalui kedinamikannya yang tersendiri serta perkongsian budaya sesama sendiri.

Kami menghayati interaksi budaya sebagai suatu kekayaan, memandangkan tidak ada satu bahasa, muzik atau seni bina dll. yang asli di dalam dunia ini.

Sebelum imej “Muslim yang hodoh dan bermata duitan” datang kepada kita, sekolah, kolej dan institusi agama kita perlu memainkan peranan yang tegas dalam membina bangsa Muslim yang berdisiplin dari segi moral dan rohani.

Budaya kita tidak seperti Eropah, maka penyelesaian, sistem dan set minda mereka tidak sesuai untuk diterapkan dalam budaya kita.

Urus tadbir yang baik dalam sektor awam merupakan prasyarat dalam pembangunan ekonomi yang mampan. Urus tadbir yang baik ditakrifkan berdasarkan ketelusan, demokrasi, kebertanggungjawaban, kebolehramalan dan unsur kualiti. Fungsi utama kerajaan adalah untuk menjaga keamanan, keselamatan, mendorong kewujudan kekayaan dan kebajikan umum rakyatnya.

Amalan rasuah merupakan satu fenomena yang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap negaranya, membenarkan penyelewengan dana kerajaan yang menyalahi undang-undang yang akhirnya, mengakibatkan krisis ekonomi. Gejala ini mempakan penyakit sosial yang melanda satu dunia. Tidak ada sebuah negara yang bebas daripada rasuah.

Malah ada, sesetengah negara menginstitusikan amalan rasuah. Tambahan pula, rasuah merupakan suatu jenayah yang paling sukar untuk dikesan malah lebih sukar lagi untuk dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Apabila seseorang itu tidak mempunyai perasaan malu, ketamakan akan mempengaruhi budi bicara mereka, amalan rasuah terus berleluasa dan tidak dapat dihentikan.

Sesebuah negara yang melazimkan amalan rasuah tidak akan dapat berkembang makmur, walau seberapa kaya negara itu.

Amalan rasuah dan ketamakan mesti dibanteras dan dihapuskan. Amalan rasuah dan ketamakan boleh memusnahkan negara kita. Semua rancangan untuk pembangunan negara akan gagal sekiranya amalan rasuah dan ketamakan menjadi sebahagian daripada budaya kita.

Rakyat hendaklah dididik akan keburukan rasuah seawal peringkat prasekolah. Amalan rasuah dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Ketua Eksekutif Kerajaan memainkan peranan yang terpenting dalam usaha menindas amalan rasuah. Jika beliau tidak merasuah, maka beliau dapat mengambil tindakan ke atas pegawai dalam kerajaannya yang merasuah. Sekiranya beliau merasuah, keseluruhan pentadbirannya akan terjebak.

Akibatnya, negara ini mesti gagal.

Konflik di antara negara bersaudara bukan sahaja menggugat keamanan dan ketenteraman malah melemahkan perpaduan negara umat Islam, terutamanya seperti perjuangan rakyat Palestin serta pembebasan Masjidil Aqsa.

Kami percaya bahawa ‘negara aman, dunia aman’ dan berpendirian bahawa keselamatan setiap negara menjamin kestabilan serta keselamatan serantau. Kita mesti menyokong semua usaha penjagaan keamanan, penyelesaian konflik yang adil dan berpanjangan demi mempertahankan kepentingan Islam serta kestabilan dan pembangunan Ummah Islam.

Sekiranya kita diserang, kita perlu bersedia untuk mempertahankan negara kita. Orang lain hanya akan bersimpati atau menitikkan air mata dan tidak akan membantu atau pergi berperang (bagi pihak kita) melainkan perbuatan ini memberi manfaat kepada mereka. Demi kepentingan negara, kerajaan perlu mengurangkan pergantungan mereka terhadap negara luar untuk bekalan perlengkapan pertahanan di dalam atau luar negara. Kita memerlukan pasukan pertahanan yang mampu mempertahankan kemerdekaan kita.

Oleh yang demikian, pembangunan industri pertahanan dalam negara merupakan subjek asas untuk dipertimbangkan secara meluas dalam jangka masa panjang. Pemerkasaan keselamatan negara jangka masa panjang melibatkan pembangunan ekonomi negara kita secara menyeluruh. Kerajaan perlu mengambil kira fakta ini semasa menilai sumber negaranya. Di dalam dunia yang bertamadun, setiap keperluan keselamatan dipatuhi tanpa bercanggah dengan sistem demokrasinya.

Peperangan bukannya penyelesaian untuk menentang agenda asing. Kami percaya bahawa, adalah sangat mustahak untuk mengkategorikan peperangan sebagai perbuatan jenayah dan harus dilarang daripada digunakan untuk menyelesaikan konflik antara negara. Peperangan untuk menamatkan peperangan berlaku dua kali dalam abad ke-20 dan telah dimenangi oleh negara yang mendakwa menyayangi keamanan. Namun, kita tidak pernah bebas daripada peperangan. Bagi banyak negara lain dan rakyatnya, peperangan yang dialami oleh mereka, peperangan demi membebaskan diri atau melindungi kebebasan mereka, mungkin tidak sehebat Perang Dunia Pertama dan Kedua, tetapi tidak kurang dahsyat kesengsaraannya. Beribu-ribu nyawa terkorban di Eropah Timur, Timur Tengah, Amerika Tengah dan Selatan, Asia Timur dan Asia Selatan dan Afrika. Bagi ramai penduduk di dunia ini, keamanan masih suatu impian yang sukar dibayangkan!

Demokrasi ialah urus tadbir politik yang kedaulatannya berada di tangan rakyat. Dalam sistem demokrasi, keputusan muktamad berserta hak untuk melaksanakan keputusan ini terletak dalam kawalan institusi dan jabatan kerajaan yang ditubuhkan hasil daripada pilihan raya umum yang dijalankan mengikut peraturan, sebagaimana yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Demokrasi bukan sekadar pemerintahan berasaskan majoriti malah suatu bentuk urus tadbir secara usaha sama. Rakyat merupakan sumber kekuatan sesebuah kerajaan.

Kami berusaha ke arah mempromosikan persekitaran yang rakyat dapat hidup dengan bermartabat dan setiap rakyat berasa yakin terhadap masa depannya, dapat mempercayai rakan senegara serta kerajaannya. Kedaulatan undang-undang adalah asas kepada semua impian dan prinsip ini.

Sesebuah kerajaan yang mengiktirafkan keunggulan undang-undang menjamin hak dan kebebasan untuk rakyatnya. Kerajaan berdemokrasi yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang menekankan penghormatan terhadap rukun undang-undang.

Keadilan bererti kerajaan melindungi rakyatnya daripada pengalahgunaan undang-undang. Ia turut bermakna setiap warganegara dapat hidup dengan bermartabat dalam semua aspek dan menampilkan pendekatan tanggungjawab sosial yang menyeluruh. Kerajaan ialah penjaga negara berdemokrasi yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

Manusia dilahirkan dengan hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh dilucutkan atau dinafikan. Hak asasi dan kebebasan ini mewakili hak asas kemanusiaan dan impian yang sama-sama diharapkan oleh semua manusia di serata dunia. Tanpa prinsip ini, amalan hidup yang bermartabat tidak dapat diwujudkan di bawah naungan kerajaan tersebut.

Negara akan makmur apabila rakyatnya makmur.

Pada dasarnya, tujuan kerajaan berdemokrasi dan berpegang kepada kedaulatan undang-undang adalah untuk melindungi semua hak asasi dan kebebasan rakyat serta membolehkan mereka hidup tanpa kebimbangan atau kesangsian.

Namun, kebebasan ada hadnya dan tertakluk kepada sesetengah syarat mengikut kemasyarakatan atau persekitaran yang tertentu. Kebebasan perlu dikawal. Walau bagaimanapun, kawalan ada kalanya mendatangkan kebaikan dan ada kalanya membawa kepada keburukan. Sesetengah kawalan memberi manfaat. Kebebasan tanpa kawalan sebaliknya boleh mengakibatkan keadaan huru-hara!