Perihal Persidangan KL Summit 2019

Persidangan KL Summit merupakan platform antarabangsa bagi pemimpin Islam, intelektual dan para cendekiawan dari seluruh dunia untuk membincangkan dan bertukar pendapat tentang masalah-masalh yang dilalui negara-negara Muslim.

Pada November 2014, persidangan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur menyaksikan ramai tokoh Muslim terkemuka berkumpul untuk membincangkan dan memperkenalkan pelbagai penyelesaian baharu menangani masalah-masalah yang menimpa dunia Muslim.

Ketahui Lanjut

Objektif Kami

Kebangkitan Semula

Mengembalikan semula ketamadunan Islam

Penyelesaian

Mencari dan membincangkan penyelesaian yang baharu dan boleh dilaksanakan dalam menangani permasalahan yang dihadapi dunia Islam

Sumbangan

Menjadi penyumbang ke arah peningkatan hal-ehwal dalam kalangan umat Islam dan negara

Rangkaian

Membentuk rangkaian di antara pemimpin Islam, intelektual, ulama dan pemikir di seluruh dunia

Wawasan Kami

Persidangan KL Summit merupakan
platform dialog antarabangsa

Bertujuan untuk mengumpulkan pemimpin Islam, pemikir, intelektual serta para cendekiawan dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian yang terbaik serta usaha menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam berpandukan fahaman yang komprehensif terhadap pencapaian nilai yang tertinggi dalam masyarakat Islam serta kedaulatan Ummah.

Misi Kami

Menyumbang kepada usaha
mengenal pasti dan menyelesaikan
permasalahan yang menimpa dunia Islam hari ini

Persidangan KL Summit menggalakkan perkongsian idea, wacana, penggubalan dasar dan cadangan yang boleh dilaksanakan. Dalam dunia yang bagai tidak bersempadan, segala cabaran dan penyelesaian kita juga saling berpaut.

Persidangan KL Summit menggalakkan gabungan hibrid dengan menjemput bersama para pelaksana yang baharu dan lama daripada Dunia Islam; organisasi negara dan antarabangsa serta NGO, syarikat, yayasan, organisasi yang bersifat dermawan, agensi pembangunan, kesatuan sekerja, para pemikir, universiti dan masyarakat sivil secara umumnya.